Khamis, 19 Jun 2014

SKOOL HOLIDAY: CROCODILE FARM LANGKAWI

Cuti Sekolah Pertengahan tahun baru nie... ada budak anak dara tu buat sedih tak p mana-mana. Maklumla mama ngan abah dia sibuk.. cuti sekolah la orang ramai... sampai tak menang tangan.. 
pantang sebut cuti boss jeling jerrr.... heeee.. tak la.. boss ok jer cuma rasa tanggungjawab tu kena ada la time peak season ni.. yer dak???

ni la anak dara saya... ustazah k-pop.. k-pop??? kenapa k-pop..
haa.. pasai dia mmg suka k-pop,
tgk drama citer korea
dengar lagu, lagu korea
stesen radio.. hat mana pasang lagu korea ja... elok2 dengar ERA tetiba dengar lagu cina sampai 3-4x.. rupanya dok tunggu slot rancangan korea.. aduiiii la ustazah k-pop ni sorang.. 
dalam tipon dia penuh dengan gambar kumpulan B.A.P korea...
habihh gambaq kita dia DELETE.. nak space simpan gambar artis korea
macam2... bahaya oooiii penangan korea nie.. 

pose kat crocodile cave.. satu ni ja pic dia yang beraya diselamatkan.. yang lain dia dah delete...
tak lawa katanya... 
mau nak lawa macam artis korea jenuh la...
pakai x dak la pic p jalan2..
hentam la labuuuuuu...

Disebabkan teringin nak tgk show kat crocodile farm... hubby cakap kul 2.30pm baru ada show.. kami pun ronda2 la dulu sampai ke Pantai kok.. singah kat tepi laut DANA HOTEL...
rehat kejap kat wakaf
amik angin... tenang-tenangkan diri



anak teruna ni (yang baru oren hokey..) mmg excited la kalau nampak laut.. best bila dapat tengok duck tour (kereta itik tu) naik darat... pakat2 diam dan bagi tumpuan kejap.. cam na dia nak nail dari laut ke darat...
ooo.. rupanya dia ada kipas yang membolehkan dia bergerak dalam air.. jangan tak tau kat darat pun kipas tu bergerak..... roda dia pun berpusing jugak rupanya dalam air... heh!! macam2 teknologi sekarang....
dulu2 dok pikiaq jugak ada ka kenderaan yang boleh bergerak dalam dua alam...
heeee... sekarang dah ada.. KERETA ITIK!!!!.. hahahah



sempat kau mak posing... kalah anak dara mak tau.. tu la anak dara tak mau amik gambaq..


  Ni la rupanya kereta itik tue... masa sampai nampak keta itik ni dalam air.. excited haris jerit2 tgk keta itik nie... sapa yang belum penah cuba, boleh cuba bila sampai langkawi hokey... nak naik kat mana??? kena naik dari kabel car... harga RM38 sorang


CROCODILE FARM

Dah lepas rehat di tepian pantai.. terus pegi menuju ke TAMAN BUAYA... hajat hati nak tgk pertunjukan buaya.. dalam kepala ni dah set pertunjukan tu mesti ada yang masuk kepala, masuk tangan dalam mulut buaya...

sampai pukul 2pm... terus beli tiket.. ha ko.. org langkawi tak da harga istimewa.. sama ja harga.. bagus kalau jadi pelancong.. patut la org langkawi malas nak berjalan.. hihihi...
harga tiket RM15 sorang.. haris free..

masuk2 jer terus cari tempat pertunjukan.. sibuk tanya en hubby mana tempat pertunjukan tue...
selambe dia jawab depan lagi.. (wah!! macam tau jer.. kata tak pernah mai)

jalan-jalan tgk buaya.. dari satu cage ke satu cage.. dari yang kecik sampai yang besar.. sama ja aku tgk buaya tu.. tang mana beza pun tak tau...





selamat datang ke TAMAN BOYA!!!





tekun anak teruna tu tgk boya...



tanya en hubby mana tmpt buat show.. selambe dia jawab mana tau!! heh tadi kata kat depan.. dari depan sampai depan pintu nak balik tak nampak tempat pertujukan boya.. tak tercapai la hajat nak tgk show boya

rasanya kat jambatan ni la tempat pertunjukan buaya tue.. sebab ada tulisan time makan boya pukul 11am dan 3pm... masa ni semua buaya dok lena dalam air.. nampak bijik mata boya ja..




habis selesai kat jambatan tamatla pusingan kat taman boya.. rasa macam rugi ja RM15 sebab tak bleh tgk pertunjukan.. nak tunggu pun rasa panas dan siap peluh meleleh leleh.. lagi pulak penat ligak haris.. risau pulak takut jatuh dalam kolam... hihihi

ok sekian.. hahahahaa...


Selasa, 17 Jun 2014

SUNSET @ TANJUNG RHU


14 June 2014

Hari ni adalah hari terakhir cuti sekolah pertengahan tahun...
HuHu.. budak tu kena hantaq balik asrama...
munjung panjang ja mulut dia nak kena balik asrama...
mengomel macam2 sekolah nak nak start...
heh!!! sebijik macam aku zaman sekolah dulu...
cumanya aku tak duduk asrama... kuang.. kuang..kuang

Hantar sekolah kakak MAKTAB MAHMUD kat Ulu Melaka...
Lepas tu.. terus bawak HARIS p tengok SUNSET kat TANJUNG RHU...
sampai baru pukul 6.30petang...



Menjerit Haris nampak pantai...
tegedik-gedik dia nak p pantai..

Alamak macam ombak kuat jer.....

Ramai jugak orang kat sini petang2 macam nie...

Pijak Pantai ja terus lari menuju ke arah laut....
laju macam WATSON YANBEK (betui ka eja nama dia)
waa... mama pun selaju DAVID BACKEM lari ligan HARIS..
takut bag hang... sat lagi ombak bawak p anak aku putih bijik mata..

huhuhu.. bestnyer tgk depa main ayaq... mama tak bagi main...
lari abg..... ombak datang!!!!
bestnya... bestnya... nak main jugak..
bro.. join bleh???
Hepi gila HARIS berlari-lari main pasir pantai...
Banyak kali jugak lari p ke laut.. Geram tgk ayaq la tue..
dah penat ligan mama pun kata kat HARIS

"cayang mama, tak mau p kat ayaq na.. ombak kuat... satgi masuk dalam ayaq camna, adik main kat atas nie saja tau... Haris sorang ja anak mama... kalau tak dengaq cakap mama len kali tak mo bawak mai main pantai dah.. boleh??? main kat sini jer tau"

tekebil2 budak tue.. sambil dok cakap bahasa dia.. apa dia kata pun entahla labu..

best ooo... bleh main pasir...

apa tue????
tapi yang ajaibnya.. paham pulak tue.. dah tak lari p kat laut dah...
alhamdullilah.. kalau tau sebelum turun keta lagi dah pesan...


MEH TENGOK GAMBAQ HARIS BERSUNSET..



nak tulis apa nie.. erm... cikgu tak ajaq tulis lagi....






lampu ajaib tak dak.. botoi pun jadi la...

nak main.. nak main..




ok... cepat sepak bola... sini..sini.. pas kat sini...
wahhh.. dah macam ronaldo..
ada gaya???


bangun la oiiittt... apa duduk2 ni.. kata nak main..
esok nak lawan ngan spain plak..
cepat2 bangun!!!


wah.. tenangnya...




my name...  so cute..


love this picture so much!!!!!










Khamis, 5 Jun 2014

BUKAN KERANA RM6!!!

SYUKRAN.. TQ ALLAH..

Kerana mempertemukan aku dengan insan-insan yang suka bersedekah...
Hari ni dapat pengajaran TERBAIK!!!

Hari ni dapat Tips RM6... Ha kau RM6 pun nak kecoh..
Bukan nak kecoh.. Cuma rasa terharu bila ada orang suka berurusan dengan kita..
Biar pun nilainya kecil tapi memberi kesan kepada kita..
Dah lama aku keje sini, ni la first time aku dapat tips.. dari pelancong Arab..

2 @ 3 hari lepas guess ni ada datang mangrove kat KILIM GEOPARK.. naik motorsikal jerw.. sweet couple.. isteri dia fasih berbahasa inggeris.. suami dia ala-ala aku la jugak... average jer.... suami dia agak kalut sikit... diorang amik tour 1 Jam... lepas explain tempat2 yang nak pegi n tawar-menawar harga aku bagi la diskaun sempena cuti sekolah ni... diorang pun pegi la pakej 1 jam.. dalam perjalanan mungkin sebab tak puas untuk satu jam aku dipahamkan diorang tambah masa jadi 2 Jam....

Balik dari tour dia cari aku cakap esok nak datang lagi pegi makan... keesokkan harinya dia tak datang..
TAK JADI LA TUE!!!!

Hari ni dia datang dengan 2 orang kawan dia nak pegi pakej 4JAM kau!! ha... punya la suka dia dengan mangrove tour nie...
Masa dia datang dia cari LADY (Aku la tue) aku kat dalam opis ko.. hari ni bertugas dalam opis ko!!..
LADY.. LADY... pening adik ket depan tue..
Not You.. LADY.. LADY.. hah kacau lady mana pulak...
Tetiba aku keluar jer dia cakap YOU.. YOU...
ehhh.. awat plak mat arab nie...
YOU.. YOU Come Here!!!
tanya adik kaunter tue.. naper..
dia cakap tak tahu.. hari tu dia datang turun ngan sapa pun tak tau.. dok cari Lady.. lady... (ladybird kot!!!)

Bila tgk muka dia lama-lama.. ooo baru ingat guess yang datang hari tue...
Aku pun pegi la sembang2 ngan dia.. cakap nak pegi 4Jam..

Dia kata hari tu dia janji nak datang lagi.. so dia datang hari ni...
"i promise u i come later, today i come"
"i want to go this" sambil tunjuk pakej 4jam..
"i want to go eat" ooo nak makan kat floating restoran la tue..

Lepas selasai bincang harga.. dia cuma nak bayar kat aku jer.. aku pun amik la duit dia.. yang hairannya dalam tu macam terselit  duit seringgit ngan 5 ringgit..

dalam kepala aku " adui.. jenuh nak kira ni"
bila buka ada beberapa keping duit seratus dan sekeping duit seringgit dan 5hengget..
malu aku kejap.. buruk sangka sangat ko ayu...
aku pulangkan balik enam ringgit tu..

Dia kata.. "For u.. For u.. buy drink, buy food"
Alhamdullilah...

Alhamdullilah Duit tadi telah selamat disedekahkan kepada seorang kanak2 yang comel, cute, pandai cakap...

Bila dia amin.. dia cakap.. tangan acik bucuk!! heheheh bucuk ker.. acik makan ayam kfc tadi... maap la yer cayang..
seb bek tak perasan kata bau KFC mau dia mengamuk kat ayah dia jenuh aku.. dah selamat dah KFC tu dalam perut aku.. KFC tu pun tadi seorang pengusaha bot yang baik hati belanja makan.. katanya sebab saya tolong dia tulis resit..

Tengok tolong tulis resit pun dapat habuan.. tu la.. bila tolong orang dengan ikhlas pasti ALLAH membalasnya..

Pengajarannya:-
1. Buat kerja kita elok2.. jangan tipu.. ikhlas dan jujur... custemer  akan datang lagi!!
2. Never buruk sangka ok... (amik ko.. ko ingat dia tak da duit nak bayar.. yang terselit tu nak bagi kat ko la!!)
3.Enjoy your work

its not about the RM6, tapi pengajaran yang aku dapat hari ini!!!!