Jumaat, 21 Julai 2017

ABAH - PENANTIAN YANG TERAKHIR


Abah..
Setiap Malam kami bertiga
Tunggu Abah di ruang tamu
Kadang-kadang sampai tertidur
Abah tak Balik
Esoknya kami tunggu lagi

Abah..
Bila bunyi enjin moto yang hampir sama lalu
Anak-anak berlari ke pintu
"Abah" pelan bunyinya
Kerna itu bukan Abah..
Esoknya kami tunggu lagi

Abah..
Bila Abah pulang
Anak-anak berlari ke pintu
Meninggalkan mainan sedari tadi
Riang menyambut Abah di muka pintu
Sayang..
Riangnya tak lama
Hilang bila dimarahi abah..

Abah..
Hati Isteri ini sangat gembira
Mengukir senyum dalam rahsia
Tanpa sapaan mesra suami juga redha
Asalkan suami pulang jua

Abah..
Esoknya bila kami bangun
Abah sudah pergi
Senyap2 barangkali
Esoknya kami tunggu lagi
Bila Abah akan balik lagi..

Abah..
Penantian kami telah berakhir
Penat kami menanti
Pasti ALLAH juga mengerti
Derita hati kami

Terima Kasih Abah
Hadir dalam hidup kami
Akan kami kenang sampai mati
Dibuang Abah jauh sekali
Mungkin takdir sudah begini
Hanya ALLAH yang lebih mengerti


Rabu, 11 Mac 2015

MUSIUM 3D ART PART II


masa nak masuk dalam musium ni staff musium suh kami buka kasut.. 
hah.. napa kena buka kasut pulak.. pelik la kejap.. ksut letak dalam plastik dan disimpan ditempat rak kasut..

bila dah masuk dalam baru la tahu reasonnya kena buka kasut.. lukisan penuh sampai atas lantai bukan kat dinding jer.. 3D  la katakan.. mana la aku tau.. :-p

dalam muzium ni ada banyak seksyen..jangan lupa naik tingkat atas... mula-mula jalan sampai section ketiga tue ingatkan dah habis.. rugi plak bayaq  mahai tapi sikit jer tempatnya.. rupanya ada tingkat atas lagi...

Ni gambar kami bersuka-suka dalam muzium ni.. 1st section.. lautan


jadi duyung kejap ehhh...


muah sikit...


weeeee..... ada bran??


mati la kena makan ngan jerung


tapi gambar-ganbar yang aku amik ni tak cantik sangat.. rasanya kena amik dari sudut yang betul dan posing yang sesuai baru nampak gempak... 

korang kalau nak mai jadilah sekreatif yang mungkin bergambar dengan lukisan-lukisan ni.. 
best tgk gelagat pengunjung lain yang sangat kreatif dan sporting... 
( aku mmg tak reti nak posing.. ampun yer!!)


nk tunjuk lagi pic kat sini.. tapi nanti la yer sambung kat bahagian seterusnya... tataaaa.....




ayuhussin

Isnin, 9 Mac 2015

LANGKAWI MUZIUM 3D ART : BAWA HARIS JALAN-JALAN

Ni cerita minggu lepas. sempena abah haris bercuti selama 4 hari. En suami ni kalau dah keja mmg susah sangat dia nak cuti. bila sesekali dia cuti boleh la jalan-jalan cam gini.

saja-saja jer ajak en suami bawak haris jalan-jalan... ok guna alasan anak dah besar kesian dah lama tak bawak jalan. mesti haris suka kalau g jalan2 sekarang sebab haris dah pandai. 
Betul la kan Haris dah 2 tahun 6 bulan. Mmg dah pandai sangat mengekspresikan keseronokan dan ke "excited" tan dia tue...
suka sangat dengan perkataan
 "waaaaaaaaa....." 
"ma.. ngok tu ma...."

Mmg seronok sangat tgk haris sangat-sangat gembira...

Bagi yang belum tau MUZIUM 3D ART ni merupakan salah satu tarikan baru untuk pelancong-pelancong yang melawat langkawi. Baru jer buka dalam bulan Januari tahun ni kalau tak silap.. tapi mmg baru sangat lagi.. rugi sangat tak masuk masa offer RM10 hari tue..

harga tiket??? erm.. kalau tak salah RM36 dewasa. sebab kami ni org LANGKAWI dapat la murah sikit. haris tak payah bayar masuk free jer..


ni la muzium 3D tue.. kalu perasan pic penyu kat atas tue.. cantikkan??


anak teruna yang mmg tak boleh lekang dengan ball dan belon..


pintu masuk ke 3D art musium..



tak tau la napa 2 beranak ni ayik pesing kat tugu nama muzium ni...



pic penyu kat dinding atas ni pun sebenarnya dan menggamit ke excited tan kami sekeluarga nak masuk dalam...


besaq gila buah apple nie.. nampak macam realkan... ni baru kat lorong nak masuk.. dah mmg superb dah.. dah mmg tak boleh tahan dan nak meneroka musium nie...

(belum habis cerita lagi nie... sambung esok la pulak)


nak tau lagi story musium 3D nantikan sambungan part II hokey.. tataaaaaa...............


Rabu, 25 Februari 2015

RAWAT DIRI SENDIRI DENGAN DOA - IKHTIAR!!!


saya jumpa ni dalam post kawan di FB.

Saya copy dan postkan kat blog untuk perkongsian bersama.



BILA HENSEM BOY BERSIAP!!!



25 FEBRUARI 2015


Hensem dak anak bujang nie.
Siap bersolek lagi dipagi hari, mengalahkan mama.
tak dan nak bersiap dengan anak bujang ni sorang.








Erm... belah sini kena kasi touch up lebih sikit...



ok tak??? ishhh.. ada lagi tak lekat bedak nie..



 ok... sini sikit lagi.. mata sikit lagi...







 
ok dah.. hensem dah nie..


Sekian dulu untuk kisah pada hari ini..
alahai anak ku!!

Rabu, 18 Februari 2015

KILIM GEOPARK - TUMBUHAN BAKAU YANG UNIK



Tahukah anda??????

Bakau di LANGKAWI KILIM GEOPARK adalah sangat unik.
Kebiasaanya dimana-mana kawasan paya bakau hanya satu spesis bakau sahaja akan menghuni kawasan tesebut.

Tetapi,
Di #KILIM GEOPARK terdapat lebih daripada 55 spesis bakau.
Air sungai disini juga adalah air masin.

Di Sini pokok bakau tumbuh di atas batu bukan seperti kebiasaan pokok bakau tumbuh di atas lumpur.

Tak Percaya???
Pemandu Pelancong sedia berkongsi pengalamannya dengan anda.

JOM... lawati tapak warisan UNESCO ini..
#MALAYSIA pun 
CANTIK
UNIK
MEMPERSONA




JOM BERCUTI DI KILIM GEOPARK

PAKEJ YANG DITAWARKAN --> KLIK SINI



Sabtu, 22 November 2014