Jumaat, 30 Mei 2014

AYAM!!! SAVE THE DATE - 29/5/2014 @ 1820H

HAH.. SEMALAM HARIS TUNJUK AYAM.. PASTU SEBUT "AYAM"..
WOOOO!!! DAH LAMA TUNGGU HARIS NAK CAKAP...

SELAIN SEBUT "MAMA" ABAH" "TU" "PA" HARIS TAK BOLEH SEBUT APA-APA PUN LAGI..
BILA AJAR HARIS CAKAP DIA CUMA DENGAR JER.. TAK RESPON BALIK
HUH!! SUSAH HATI BETUL LA..

ANAK MAMA KAN DAH SETAHUN LAPAN BULAN++
RISAU SANGAT!!

OK!! DAH BOLEH SEBUT AYAM TANPA ADA BUNYI PELAT... TEKEJUT MAMA!!
TERBELIAK BIJI MATA MAMA..

DENGAR SEBUT AYAM TU BANYAK KALI TAPI YER KER HARIS YANG SEBUT!!
TEROSS PUSING PANDANG HARIS
YER LA.. HARIS YANG SEBUT!!!!
HUH!!! AKHIRNYA...

Hiiii... ENTRY AYAM PUN NAK KECOH KA????
Hiii...  BILA HARIS BESAR BOLEH HARIS BACA...

SEKIAN... HAHAHHAHAHA

****************************************************************************
sori yer aunty n uncle,
Mama mmg cam gini.. Kecoh jer...
Haris baru pandai sebut AYAM... yeeeee... akhirnya haris buktikan HARIS BOLEH!!!!
sajer jer tak nak sebut..
pssttt... sebenarnya dah lama pandai saja jer nak simpam bagi mama terkezuttt!!! Rahsia tau jangan bagi tau mama
kekkeeke...
Bye Aunty... Bye Uncle..
Assalamualaikum

just me,
Haris Yuslan

Khamis, 29 Mei 2014

ABAH MERAJUK!!!!


Abah Merajuk!!! huh.. buruk beno bila abah merajuk..

Naper abah merajuk!!! Meh Sini Haris Nak Story Mory...
selalu pagi2.. Haris bangun tido jer di mesti cari mama.. always tau!! bangun kalo mama tak der mesti haris akan mengamuk punya lah!!!

tapi dalam 2-3 hari ni bila bangun tido abah dukung.. bagi mandi.. pakaikan pampers.. baju.. minum susu... bawa p ronda kejap... <3 <3 waaa.. kelas gitu ko Haris.. Waaa macam best plak... Ok bagi chan kat abah manja2 ngan haris... Hiiiiiii... Hiiiiiii
Tapi pagi tadi Haris ngamuk tak mo abah.. Haris Majukk bila abah nak amik...
Mama tak der.. Mana tah mama pegi... Lama Haris nagis.. Mama tak datang jugak...
Lagi la Haris Geram... 
Pastu Haris dengar mama panggil.. Abah bawa Haris p kat mama... 
Hiiii Haris mandi ngan mama tau!!! Best...
Sudah mandi Haris nak suh abah siapkan.. Abah tak mo, Abah Pulak Merajuk... Kan..Kan..Kan.. dah tak boleh p ronda-ronda dah..
Abah Terus g keje.. Abah tak AMIN Haris Pun.. Abah buat muka Majuk... Abah BLAH terus...
Waaaa... Kesian Harissss......

ABAHHH... TAK MO MAJUK YER... 
ESOK KITA MANDI SAMA-SAMA OK!!!

I'M SORRY... Hiiiiiii

SAYANG ABAH!!



Ur Son,
HARIS YUSLAN

Isnin, 26 Mei 2014

PIALA THOMAS::- WE LOVE U LIEW DAREN: TAHNIAH PASUKAN BADMINTON KEBANGSAAN


Semalam tengok final Piala Thomas. Dah Lama tak tengok since menang tahun 1992.. dah lama sangat tue.. dulu tgk fuh seram sejuk.. suka tgk rashid main, jelani dan razif mmg terrer giler.. celah kangkang pun boleh amik bola.. bila menang time tu rasa bangga sangat.. waaa.. gitue pulak..

Bila tertengok siaran langsung malam tadi (tu pun sebab haris tekan remote) terus terlekat tengok final thomas cup masa tu single kedua negara..
Sangat kecewa dan tidakmengharapkan apa-apa.. no feeling.. tak macam tgk masa tahun 1992..
2nd Double pun sama.. kalah 1st set.. ok la.. diorang tak da rangking lawan dengan regu yang agak hebat..
saya tak mo komen pasal permainan sebab saya mmg tak tahu.. tapi apa yang diberikan melalui permainan regu kedua Negara sememangnya menaikan semangat kesukanan saya, menaikkan semangat kenegaraan saya.. semangat juang dan tidak mengaku kalah dengan mudah membawa saya kembali pada tahun 1992.. perasaan itu datang kembali..
saya tak henti2 berdoa.. haris pun saya suruh doa.. angkat tangan haris masa saya berdoa.. aminkan.. haris pun baik jer.. heran ngan mama dia napa pulak malam ni emo terlebih sampai kena doa banyak2.. hehehehe.. doakan senjata orang islam...
TAHNIAH regu kedua.. berjaya membawa pasangan Jepun sehingga ke set ke-3.. bermati-matian berusaha untuk mengembalikan piala ke Malaysia.. Jangan la dok cemuh depa, kata macam2.. depa mmg dah berusaha dan kita nampak sendiri depa buat sungguh-sungguh.. sapa yang nak KALAH??? semua nak menang..
Alhamdullilah regu kedua menang dan ada harapan untuk MALAYSIA menjulang Piala Thomas Sekali lagi.. Tapi dah bukan rezeki kitakan..

LIEW DAREN jangan sedih.. tak mo sedih tau.. kau dah buat yang terbaik.. nampak sangat setiap kekecewaan pada raut wajah ko bila berlaku kesilapan dan memberi mata percuma kepada lawan.. We know u try ur very best last night.. Kami semua menyokong dan berdoa untuk ko, cuma bukan rezeki ko. ini adalah pelajaran dan pengalaman paling berharga untuk ko dan semua pemain. WE LOVE U DAREN!!!!
Semangat juang ko menunjukkan SESUATU.. TERIMA KASIH DAREN!!

Tapi.. waaa.. ada tapi pulak.... kelas gitue kau MAK...
saya mengharapkan suatu hari nanti pasukan badminton MALAYSIA tidak hanya ada pemain berbangsa cina, maaf bukan saya bersifat racies.. cuma mana perginya anak melayu, anak india, bumiputra sabah, sarawak... kitakan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.. Bangunlah anak-anak MALAYSIA sekalian
MALAYSIA memerlukan keringat kita semua untuk terus berjaya dan mencipta nama....

KAMI MEMANTIKAN KAMU!!!

N AGAIN --------->>>> LOVE U DAREN, OUR NEW HERO!!!

Ahad, 25 Mei 2014

ANAKKU KECACINGAN!!!!

Ada Anak??? penah kecacingan??? penah tak alami situasi cam ni??

Anak Deman ---  " Eh.. anak cacing la.. demam tu cacing la tue"
Makan Lauk Saja ---  "mama jangan bagi adik makan lauk sangat, nanti cacing"
Tak Nak Makan --- "Cacing la tu tak lalu makan" [Cacing lagi!!!]
Susut Badan ---- "Mesti Cacing, badan tak mo naik" [em pulak.. cacing pulak salah]
Selsema ---- "Cacing Kot" [OK cacing yang salah]

Jalan Penyelesaiannya... Mandi daun-daun kayu, daun ketum, segala-gala daun yang dipercayai boleh mengubati cacing..

Heh!! penat la... semua salah cacing.. deman cacing.. tak mau makan pun cacing.. badan tak mo naik pun salah cacing.. semua cacing penya pasai..

Teringat masa sembang2 dengan jiran sebelah (kat opis), ni la situasi yang kami alami di rumah.. semuanya dah jadi salah cacing
Anak tak boleh bagi makan lauk banyak sebab takut cacing.. kesian anak kami tak boleh bagi makan lauk sangat. kalau abah ada kat rumah tak boleh bagi makan lauk banyak nanti anak dia cacing.. tapi kadang2 abah yang bagi lauk kat anak dia.. sama macam mama bagi jugak!!!

Eh!! Yang  tu cacing yang ni cacing.. Cacing.. cacing.. cacing.. semua cacing...
Anak kena usung tengah panas pasai tu la demam..
Anak kan aktif sangat-sangat.. sebab tu la badan dia tak naik.. kalau naik pun sikit jer
Selsema tu biasa la budak2 kadang2 perubahan cuaca..

Selagi anak tak da tanda-tanda cacing:-
* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
* Kegatalan terutama di kawasan punggung pada waktu malan
* Sakit perut, cirit-birit, lemah badan dan kembung
* Tiada selera makan. pucat, Kurang berat badan walaupun selera makan ada
* Batuk-Batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma
* Demam, Ruam-Ruam Badan, Alahan
* Kaki gatal, Sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki

Insyaallah anak tak ada cacing.

Situasi kawan saya..
En Suami siapkan air daun kayu kat rumah sebelum pergi keja
Bila Balik suami tanya,
Suami: "bagi tak anak dia mandi ngan daun kayu tadi"
Isteri:  "dah.. mak bagi mandi"
Suami: "mandi sampai tengkuk jer.. kepala tak payah.."
Isteri: "Ooo... ya ka.. dah mandi sampai kepala... tak pa la.. biaq semua cacing mati.. kalau tak mandi sampai kepala nnti ada saki baki cacing susah pulak.. tak pa anak ibu dah bebas dari cacing.. lepas nie tak la susah hati pasal cacing lagi semua cacing dah mati yang kat kepala pun dah mati."

HA HA HA.. cacing sangat... Agak2 la nak kata anak cacing pun..

Suami saya akan mandikan anak dia sendiri dengan daun kayu.. hentam sajalah labu..
air daun ni pun sebenarnya bagus jugak untuk cacing.. petua org tua - tua.. daun apa saya tak tau la pulak.. sll en suami yang carikan dan rebus untuk mandi anak dia

Oh! En Suami boleh tak hentikan spekulasi kecacingan anak... saya sudah fenin...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

jom menderma kepada MAKTAB MAHMUD LANGKAWI
dengan membeli sekaki tanah wakaf dengan Harga RM10.
klik TANAH WAKAF MAKTAB MAHMUD LANGKAWI


Isnin, 19 Mei 2014

HARI INI SUAMIKU MENYAKITI HATIKU...

Ada sebuah kisah  tentang sepasang suami isteri yang sedang berjalan melintasi gurun. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar dan suaminya mengherdik isterinya dengan sangat garang. Si isteri merasa sangat sakit hati, tetapi tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir : HARI INI SUAMIKU MENYAKITI HATIKU.
Mereka terus berjalan, sampai menemui sebuah oasis dimana mereka memutuskan untuk mandi. Si Isteri, turun ke dalam air untuk berenang namun nyaris lemas,  tetapi berjaya diselamatkan suaminya. Ketika dia mulai sedar dan rasa takutnya hilang, dia menulis diatas sebuah batu : HARI INI SUAMIKU YANG BAIK MENYELAMATKAN NYAWAKU.
Suami bertanya  : “Kenapa setelah saya melukai hati awak, awak menulisnya di atas pasir dan sekarang awak menulis di atas batu?”
Isterinya sambil tersenyum menjawab : “Ketika perkara buruk terjadi, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan itu dan saya boleh melupakannya… Dan bila sesuatu yang baik dan luar biasa dilakukan oleh suami saya, saya akan memahatnya di atas batu hati, agar tidak  hilang tertiup angin waktu dan akan diingati selamanya.”
Credit akuislam.com
*************************************************************************************************
  • seorang isteri walau berkali-kali disakiti hatinya tetap mahu melupakan semua kesakitannya
  • seorang isteri walau berkali-kali disakiti hatinya tetap memberi maaf kepada suaminya
  • seorang isteri walau berkali-kali disakiti tetap berusaha memuaskan hati suaminya
  • seorang isteri walau berkali-kali disakiti tetap memanjatkan doa yang baik buat suaminya
  • Seorang isteri walau berkali-kali disakiti tetap mengharapkan agar dirinya dapat difahami
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila Aku MARAH
Bila Aku SEDIH
Bila HATIKU DISAKITI

Ayat ini Sentiasa dibibir:-






Jumaat, 16 Mei 2014

SCRAP BOOK UNTUK HARIS

Perjalanan menjadi seorang ibu sangat bermakna dan sangat menggembirakan. tak terluah dengan perkataan perasaan yang dikurniakan ALLAH ini. Anugerah ini amat indah tersangat indah dan tersangat istimewa..

Waaa... ayat skema gitue!!!.. heeee...

Syok sangat jadi mama, tapi masa berlalu dengan cepat.. dulu org cakap masa sedang berjalan.. lepas tu masa berlari... sekarang masa sedang terbang kah???... cepat sangat... baru semalam rasanya melangkah keluar dari wad NICU A/Setar bawa Haris balik rumah.. Masih baru rasanya mendengar Doktor pakar cakap " U kena bersalin hari ni juga" 

Macam baru sekejap tadi jer bergaduh ngan en suami nak bagi nama kat Haris. Mama nak letak Muhammad Haris Jazli.. Abah cakap tak payah letak Muhammad Haris saja... huh!! guna kuasa veto.. tak pa mama mengalah..

Haris dah 1 Tahun 7 Bulan 4 hari pada hari ini 16Mei 2014.

Tak ingin nak mensia-siakan saat2 ini...

Mama bukukan sebahagian dari kenangan mama bersama haris dalam buku ni:-


















MAMA LUV U!!!!

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum Aunty yang Cantik dan Uncle yang Hensem..
Haris nak minta bantuan Anti dan Ankel tuk menderma bagi membantu sekolah kakak Haris membeli Tanah bagi membangunkan bangunan dan lain-lain kemudahan sekolah. Kesian kakak Haris, sekolah kecik jer, padang sekolah pun kecik..
Harap Anti n Ankel boleh bantu yer..
TERIMA KASIH SANGAT2 ALLAH saja yang dapat balas budi baik ANTI  dan ANKEL
klik TANAH WAKAF MAKTAB MAHMUD LANGKAWI

JOM BANTU: MAKTAB MAHMUD LANGKAWI:: JUALAN TANAH WAKAF

Assalamualaikum semua.

Nak mohon bantuan semua pembaca.. moga dipermudahkan urusan ini.. insyaallah..

Semalam saya menghadiri mesyuarat PIBG di Sekolah Anak Saudara - MAKTAB MAHMUD LANGKAWI.

Saya ingin memaklumkan semua bahawa Maktab Mahmud Langkawi sedang mengadakan Jualan Tanah Wakaf. Pihak sekolah ingin membeli sebidang tanah untuk dibangunkan bangunan kelas dan lain-lain kemudahan sekolah, namun jumlah wang yang ada masih belum mencukupi bagi membeli tanah tersebut. 

Harga bagi sekaki tanah adalah RM10.

Sekiranya ada dari kalangan pembaca ingin memberi sumbangan bagi pembelian tanah ini, boleh terus menghubungi:-

Pejabat Sekolah : 04 - 955 5301
Pengetua: 04  -955 3597 (Pn Sopiah)

Saya amat berbesar hati sekiranya post ini dapat dikongsikan.

Terima Kasih.

Ahad, 4 Mei 2014

HARGA SPECIAL UNTUK KILIM MANGROVE TOUR (KILIM GEOPARK)

Assalamualaikum...

Ok.. hari ni nak bagi harga special untuk semua...

Sapa2 yang nak p LANGKAWI jangan lupa singgah kat KILIM GEOPARK..
mmg Best..Best..Best...

kalau nak info cepat tuk promo2 kami boleh like fb kami https://www.facebook.com/JomPCuti


BEST PRICE FOR KILIM MANGROVE TOUR


PRIVATE BOAT

PAKEJ  1 JAM
Tempat Lawatan:-
Bat Cave, Fish Farm, Eagle Watching, Andaman Sea Tour

Harga Biasa: RM250.00
SPECIAL PRICE : RM 150.00

PAKEJ 2 JAM
Tempat Lawatan:-
Bat Cave, Fish Farm, Eagle Watching, Andaman Sea Tour, Gua Langsir @ Gua Buaya

Harga Biasa: RM350.00
SPECIAL PRICE : RM 250.00

PAKEJ 3 JAM
Tempat Lawatan:-
Bat Cave, Fish Farm, Eagle Watching, Andaman Sea Tour, Pulau Anak Tikus, Gua Langsir, Beach, Langgun Island

Harga Biasa: RM450
SPECIAL PRICE: RM 350.00

PAKEJ 4 JAM
Tempat Lawatan:-
Bat Cave, Fish Farm, Eagle Watching, Andaman Sea Tour, Pulau Anak Tikus, Gua Langsir, Beach, Langgun Island, Crocodile Cave, Fish Feeding

Harga Biasa: RM500
SPECIAL PRICE: RM 380.00


SHARING PAKEJ

MASA: 4 HOUR
- Bat Cave
- Fish Farm
-Open Sea (Andaman Sea)
-Eagle Watching
-Crocodile Cave
-Beach ( Swimming )

Pakej Termasuk:
-Lunch at Floating Restaurant
-Guide
-Pickup Transfer (Hotel)

Harga: RM90 (Adult)
           RM 70  (Child)
           KANAK2 BAWAH 3 TAHUN PERCUMA


CALL / wasap : 019-9918036
FB: https://www.facebook.com/JomPCuti


Ikan Sumpit @ Fish Farm

Andaman Sea

Ikon Kilim @ Andaman Sea Tour

Crocodile Cave

eagle watching


Crocodile Cave

Gua Kelawar



Pulau Anak Tikus