Jumaat, 21 Julai 2017

ABAH - PENANTIAN YANG TERAKHIR


Abah..
Setiap Malam kami bertiga
Tunggu Abah di ruang tamu
Kadang-kadang sampai tertidur
Abah tak Balik
Esoknya kami tunggu lagi

Abah..
Bila bunyi enjin moto yang hampir sama lalu
Anak-anak berlari ke pintu
"Abah" pelan bunyinya
Kerna itu bukan Abah..
Esoknya kami tunggu lagi

Abah..
Bila Abah pulang
Anak-anak berlari ke pintu
Meninggalkan mainan sedari tadi
Riang menyambut Abah di muka pintu
Sayang..
Riangnya tak lama
Hilang bila dimarahi abah..

Abah..
Hati Isteri ini sangat gembira
Mengukir senyum dalam rahsia
Tanpa sapaan mesra suami juga redha
Asalkan suami pulang jua

Abah..
Esoknya bila kami bangun
Abah sudah pergi
Senyap2 barangkali
Esoknya kami tunggu lagi
Bila Abah akan balik lagi..

Abah..
Penantian kami telah berakhir
Penat kami menanti
Pasti ALLAH juga mengerti
Derita hati kami

Terima Kasih Abah
Hadir dalam hidup kami
Akan kami kenang sampai mati
Dibuang Abah jauh sekali
Mungkin takdir sudah begini
Hanya ALLAH yang lebih mengerti


Tiada ulasan: