SYUKRAN.. TQ ALLAH..
Kerana mempertemukan aku dengan insan-insan yang suka bersedekah...
Hari ni dapat pengajaran TERBAIK!!!
Hari ni dapat Tips RM6... Ha kau RM6 pun nak kecoh..
Bukan nak kecoh.. Cuma rasa terharu bila ada orang suka berurusan dengan kita..
Biar pun nilainya kecil tapi memberi kesan kepada kita..
Dah lama aku keje sini, ni la first time aku dapat tips.. dari pelancong Arab..
2 @ 3 hari lepas guess ni ada datang mangrove kat KILIM GEOPARK.. naik motorsikal jerw.. sweet couple.. isteri dia fasih berbahasa inggeris.. suami dia ala-ala aku la jugak... average jer.... suami dia agak kalut sikit... diorang amik tour 1 Jam... lepas explain tempat2 yang nak pegi n tawar-menawar harga aku bagi la diskaun sempena cuti sekolah ni... diorang pun pegi la pakej 1 jam.. dalam perjalanan mungkin sebab tak puas untuk satu jam aku dipahamkan diorang tambah masa jadi 2 Jam....
Balik dari tour dia cari aku cakap esok nak datang lagi pegi makan... keesokkan harinya dia tak datang..
TAK JADI LA TUE!!!!
Hari ni dia datang dengan 2 orang kawan dia nak pegi pakej 4JAM kau!! ha... punya la suka dia dengan mangrove tour nie...
Masa dia datang dia cari LADY (Aku la tue) aku kat dalam opis ko.. hari ni bertugas dalam opis ko!!..
LADY.. LADY... pening adik ket depan tue..
Not You.. LADY.. LADY.. hah kacau lady mana pulak...
Tetiba aku keluar jer dia cakap YOU.. YOU...
ehhh.. awat plak mat arab nie...
YOU.. YOU Come Here!!!
tanya adik kaunter tue.. naper..
dia cakap tak tahu.. hari tu dia datang turun ngan sapa pun tak tau.. dok cari Lady.. lady... (ladybird kot!!!)
Bila tgk muka dia lama-lama.. ooo baru ingat guess yang datang hari tue...
Aku pun pegi la sembang2 ngan dia.. cakap nak pegi 4Jam..
Dia kata hari tu dia janji nak datang lagi.. so dia datang hari ni...
"i promise u i come later, today i come"
"i want to go this" sambil tunjuk pakej 4jam..
"i want to go eat" ooo nak makan kat floating restoran la tue..
Lepas selasai bincang harga.. dia cuma nak bayar kat aku jer.. aku pun amik la duit dia.. yang hairannya dalam tu macam terselit duit seringgit ngan 5 ringgit..
dalam kepala aku " adui.. jenuh nak kira ni"
bila buka ada beberapa keping duit seratus dan sekeping duit seringgit dan 5hengget..
malu aku kejap.. buruk sangka sangat ko ayu...
aku pulangkan balik enam ringgit tu..
Dia kata.. "For u.. For u.. buy drink, buy food"
Alhamdullilah...
Alhamdullilah Duit tadi telah selamat disedekahkan kepada seorang kanak2 yang comel, cute, pandai cakap...
Bila dia amin.. dia cakap.. tangan acik bucuk!! heheheh bucuk ker.. acik makan ayam kfc tadi... maap la yer cayang..
seb bek tak perasan kata bau KFC mau dia mengamuk kat ayah dia jenuh aku.. dah selamat dah KFC tu dalam perut aku.. KFC tu pun tadi seorang pengusaha bot yang baik hati belanja makan.. katanya sebab saya tolong dia tulis resit..
Tengok tolong tulis resit pun dapat habuan.. tu la.. bila tolong orang dengan ikhlas pasti ALLAH membalasnya..
Pengajarannya:-
1. Buat kerja kita elok2.. jangan tipu.. ikhlas dan jujur... custemer akan datang lagi!!
2. Never buruk sangka ok... (amik ko.. ko ingat dia tak da duit nak bayar.. yang terselit tu nak bagi kat ko la!!)
3.Enjoy your work
its not about the RM6, tapi pengajaran yang aku dapat hari ini!!!!