Isnin, 9 Mac 2015

LANGKAWI MUZIUM 3D ART : BAWA HARIS JALAN-JALAN

Ni cerita minggu lepas. sempena abah haris bercuti selama 4 hari. En suami ni kalau dah keja mmg susah sangat dia nak cuti. bila sesekali dia cuti boleh la jalan-jalan cam gini.

saja-saja jer ajak en suami bawak haris jalan-jalan... ok guna alasan anak dah besar kesian dah lama tak bawak jalan. mesti haris suka kalau g jalan2 sekarang sebab haris dah pandai. 
Betul la kan Haris dah 2 tahun 6 bulan. Mmg dah pandai sangat mengekspresikan keseronokan dan ke "excited" tan dia tue...
suka sangat dengan perkataan
 "waaaaaaaaa....." 
"ma.. ngok tu ma...."

Mmg seronok sangat tgk haris sangat-sangat gembira...

Bagi yang belum tau MUZIUM 3D ART ni merupakan salah satu tarikan baru untuk pelancong-pelancong yang melawat langkawi. Baru jer buka dalam bulan Januari tahun ni kalau tak silap.. tapi mmg baru sangat lagi.. rugi sangat tak masuk masa offer RM10 hari tue..

harga tiket??? erm.. kalau tak salah RM36 dewasa. sebab kami ni org LANGKAWI dapat la murah sikit. haris tak payah bayar masuk free jer..


ni la muzium 3D tue.. kalu perasan pic penyu kat atas tue.. cantikkan??


anak teruna yang mmg tak boleh lekang dengan ball dan belon..


pintu masuk ke 3D art musium..



tak tau la napa 2 beranak ni ayik pesing kat tugu nama muzium ni...



pic penyu kat dinding atas ni pun sebenarnya dan menggamit ke excited tan kami sekeluarga nak masuk dalam...


besaq gila buah apple nie.. nampak macam realkan... ni baru kat lorong nak masuk.. dah mmg superb dah.. dah mmg tak boleh tahan dan nak meneroka musium nie...

(belum habis cerita lagi nie... sambung esok la pulak)


nak tau lagi story musium 3D nantikan sambungan part II hokey.. tataaaaaa...............


Rabu, 25 Februari 2015

RAWAT DIRI SENDIRI DENGAN DOA - IKHTIAR!!!


saya jumpa ni dalam post kawan di FB.

Saya copy dan postkan kat blog untuk perkongsian bersama.



BILA HENSEM BOY BERSIAP!!!



25 FEBRUARI 2015


Hensem dak anak bujang nie.
Siap bersolek lagi dipagi hari, mengalahkan mama.
tak dan nak bersiap dengan anak bujang ni sorang.








Erm... belah sini kena kasi touch up lebih sikit...



ok tak??? ishhh.. ada lagi tak lekat bedak nie..



 ok... sini sikit lagi.. mata sikit lagi...







 
ok dah.. hensem dah nie..


Sekian dulu untuk kisah pada hari ini..
alahai anak ku!!

Rabu, 18 Februari 2015

KILIM GEOPARK - TUMBUHAN BAKAU YANG UNIK



Tahukah anda??????

Bakau di LANGKAWI KILIM GEOPARK adalah sangat unik.
Kebiasaanya dimana-mana kawasan paya bakau hanya satu spesis bakau sahaja akan menghuni kawasan tesebut.

Tetapi,
Di #KILIM GEOPARK terdapat lebih daripada 55 spesis bakau.
Air sungai disini juga adalah air masin.

Di Sini pokok bakau tumbuh di atas batu bukan seperti kebiasaan pokok bakau tumbuh di atas lumpur.

Tak Percaya???
Pemandu Pelancong sedia berkongsi pengalamannya dengan anda.

JOM... lawati tapak warisan UNESCO ini..
#MALAYSIA pun 
CANTIK
UNIK
MEMPERSONA




JOM BERCUTI DI KILIM GEOPARK

PAKEJ YANG DITAWARKAN --> KLIK SINI



Sabtu, 22 November 2014

Selasa, 11 November 2014

HARIS, UPIN DAN IPIN

Anak sapa suka tengok Upin & Ipin????
KOMPOM kebanyakkan anak-anak dari kecik sampai besaq suka tengok kan???
MAK-MAK pun tentu tak ketinggalan dok tengok sama ngan anak.. kan..kan..

HARIS dan MAMA HARIS pun peminat #UPIN & IPIN#

Tak tahu sejak bila Haris minat cerita ni.. MAMA dia dah kompom start dari mula tayang lagi dah minat dah kat kembaq kiut miut tue...
Al kisah Haris yang minat sangat kat Kembar U&I ni.. semalam tgk U&I kat #TV9 jam 6.30petang.. lepas habis satu episod pastu iklan.. pas iklan, iklan lagi... waaa.. ngamuk sicomel mama tue...
"Maa... tue... Pin.." sambil tunjuk TV merengek2
marahkan iklan tak habis2 lagi la tue..
" Ya la... Sat la.. satgi ada la iklan sat"
"Maaaaaaa... tue..." lagi kuat mengamuk

Alahai U&I jangan la iklan banyak sangat.. pening kepala mama cam ni.. kalau la aku ada kuasa dah aku padamkan semua iklan... Heeeee...
Bila Upin kata Hai.... HARIS pun tiru.. tapi bukan sebut hai, Dia Sebut BYEEEE...
BYEE dah jadi perkataan faberet HARIS.. Jumpa sapa saja dia akan kata BYEEEEE........ siap angkat tangat lagi macam Upin..

Sekian Terima Kasih, Hahahahahahaa.....  nanti tulis lagi...

Khamis, 16 Oktober 2014

ALWAYS IN MY HEART....

Terjaga jer pagi nie... terus dapat idea, naper tak bagi MAK jer yang jaga Haris... Cian MAK pegi kejer ari-ari.. dah lama kan MAK kejer, biar la MAK kat rumah jer jaga cucu.. Haris pun dah besar.. tak merengek sangat dah.. dah pandai dah....

Nak cakap ngan MAK la duduk umah jer... tak payah kejer.. dah lama MAK kejer, dulu2 masa kami kecik2 MAK ngasuh budak gak.. ramai sangat.. tapi bagus jer mak jaga sampai ada yang tak nak balik, Haris pun boleh manja2 ngan MAK TOK.. Cian Haris kan tak merasa lagi manja ngan MAK TOK dia... lagi pun aku lagi percayakan MAK jaga Haris... cukup la mak penat keje dah sampai masa mak duduk umah rehat.. main2 ngan cucu..

WOWWWWW.. hebatkan angan2 aku... MAK sentiasa di Hati.. sentiasa rasa yang MAK sentiasa ada disisi dalam semua keadaan aku, susah, senang, sedih, gembira...

**Entah apa mimpi aku semalam sampaikan aku terlupa...**

Dengan gembira aku bangun nak sembang dengan mak...

tiba-tiba aku tersedar.... AL-FATIHAH...
dah LAPAN TAHUN MAK PERGI tapi masih terasa mak ada disisi.