Nak mohon bantuan semua pembaca.. moga dipermudahkan urusan ini.. insyaallah..
Semalam saya menghadiri mesyuarat PIBG di Sekolah Anak Saudara - MAKTAB MAHMUD LANGKAWI.
Saya ingin memaklumkan semua bahawa Maktab Mahmud Langkawi sedang mengadakan Jualan Tanah Wakaf. Pihak sekolah ingin membeli sebidang tanah untuk dibangunkan bangunan kelas dan lain-lain kemudahan sekolah, namun jumlah wang yang ada masih belum mencukupi bagi membeli tanah tersebut.
Harga bagi sekaki tanah adalah RM10.
Sekiranya ada dari kalangan pembaca ingin memberi sumbangan bagi pembelian tanah ini, boleh terus menghubungi:-
Pejabat Sekolah : 04 - 955 5301
Pengetua: 04 -955 3597 (Pn Sopiah)
Saya amat berbesar hati sekiranya post ini dapat dikongsikan.
Terima Kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan