Jumaat, 16 Mei 2014

SCRAP BOOK UNTUK HARIS

Perjalanan menjadi seorang ibu sangat bermakna dan sangat menggembirakan. tak terluah dengan perkataan perasaan yang dikurniakan ALLAH ini. Anugerah ini amat indah tersangat indah dan tersangat istimewa..

Waaa... ayat skema gitue!!!.. heeee...

Syok sangat jadi mama, tapi masa berlalu dengan cepat.. dulu org cakap masa sedang berjalan.. lepas tu masa berlari... sekarang masa sedang terbang kah???... cepat sangat... baru semalam rasanya melangkah keluar dari wad NICU A/Setar bawa Haris balik rumah.. Masih baru rasanya mendengar Doktor pakar cakap " U kena bersalin hari ni juga" 

Macam baru sekejap tadi jer bergaduh ngan en suami nak bagi nama kat Haris. Mama nak letak Muhammad Haris Jazli.. Abah cakap tak payah letak Muhammad Haris saja... huh!! guna kuasa veto.. tak pa mama mengalah..

Haris dah 1 Tahun 7 Bulan 4 hari pada hari ini 16Mei 2014.

Tak ingin nak mensia-siakan saat2 ini...

Mama bukukan sebahagian dari kenangan mama bersama haris dalam buku ni:-


















MAMA LUV U!!!!

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum Aunty yang Cantik dan Uncle yang Hensem..
Haris nak minta bantuan Anti dan Ankel tuk menderma bagi membantu sekolah kakak Haris membeli Tanah bagi membangunkan bangunan dan lain-lain kemudahan sekolah. Kesian kakak Haris, sekolah kecik jer, padang sekolah pun kecik..
Harap Anti n Ankel boleh bantu yer..
TERIMA KASIH SANGAT2 ALLAH saja yang dapat balas budi baik ANTI  dan ANKEL
klik TANAH WAKAF MAKTAB MAHMUD LANGKAWI

JOM BANTU: MAKTAB MAHMUD LANGKAWI:: JUALAN TANAH WAKAF

Assalamualaikum semua.

Nak mohon bantuan semua pembaca.. moga dipermudahkan urusan ini.. insyaallah..

Semalam saya menghadiri mesyuarat PIBG di Sekolah Anak Saudara - MAKTAB MAHMUD LANGKAWI.

Saya ingin memaklumkan semua bahawa Maktab Mahmud Langkawi sedang mengadakan Jualan Tanah Wakaf. Pihak sekolah ingin membeli sebidang tanah untuk dibangunkan bangunan kelas dan lain-lain kemudahan sekolah, namun jumlah wang yang ada masih belum mencukupi bagi membeli tanah tersebut. 

Harga bagi sekaki tanah adalah RM10.

Sekiranya ada dari kalangan pembaca ingin memberi sumbangan bagi pembelian tanah ini, boleh terus menghubungi:-

Pejabat Sekolah : 04 - 955 5301
Pengetua: 04  -955 3597 (Pn Sopiah)

Saya amat berbesar hati sekiranya post ini dapat dikongsikan.

Terima Kasih.

Ahad, 4 Mei 2014

HARGA SPECIAL UNTUK KILIM MANGROVE TOUR (KILIM GEOPARK)

Assalamualaikum...

Ok.. hari ni nak bagi harga special untuk semua...

Sapa2 yang nak p LANGKAWI jangan lupa singgah kat KILIM GEOPARK..
mmg Best..Best..Best...

kalau nak info cepat tuk promo2 kami boleh like fb kami https://www.facebook.com/JomPCuti


BEST PRICE FOR KILIM MANGROVE TOUR


PRIVATE BOAT

PAKEJ  1 JAM
Tempat Lawatan:-
Bat Cave, Fish Farm, Eagle Watching, Andaman Sea Tour

Harga Biasa: RM250.00
SPECIAL PRICE : RM 150.00

PAKEJ 2 JAM
Tempat Lawatan:-
Bat Cave, Fish Farm, Eagle Watching, Andaman Sea Tour, Gua Langsir @ Gua Buaya

Harga Biasa: RM350.00
SPECIAL PRICE : RM 250.00

PAKEJ 3 JAM
Tempat Lawatan:-
Bat Cave, Fish Farm, Eagle Watching, Andaman Sea Tour, Pulau Anak Tikus, Gua Langsir, Beach, Langgun Island

Harga Biasa: RM450
SPECIAL PRICE: RM 350.00

PAKEJ 4 JAM
Tempat Lawatan:-
Bat Cave, Fish Farm, Eagle Watching, Andaman Sea Tour, Pulau Anak Tikus, Gua Langsir, Beach, Langgun Island, Crocodile Cave, Fish Feeding

Harga Biasa: RM500
SPECIAL PRICE: RM 380.00


SHARING PAKEJ

MASA: 4 HOUR
- Bat Cave
- Fish Farm
-Open Sea (Andaman Sea)
-Eagle Watching
-Crocodile Cave
-Beach ( Swimming )

Pakej Termasuk:
-Lunch at Floating Restaurant
-Guide
-Pickup Transfer (Hotel)

Harga: RM90 (Adult)
           RM 70  (Child)
           KANAK2 BAWAH 3 TAHUN PERCUMA


CALL / wasap : 019-9918036
FB: https://www.facebook.com/JomPCuti


Ikan Sumpit @ Fish Farm

Andaman Sea

Ikon Kilim @ Andaman Sea Tour

Crocodile Cave

eagle watching


Crocodile Cave

Gua Kelawar



Pulau Anak Tikus


Ahad, 24 November 2013

KILIM GEOPARK MANGROVE TOUR -TIPS DAN HARGA


LAWATAN KE KILIM GEOFOREST PARK... 

N3 kali ni mama Haris nak bercerita tentang +KILIM GOEFOREST PARK
Ramai ke yang tahu tempat nie????
Rasanya ramai yang pernah ke +LANGKAWI tapi tak ramai pernah sampai ke sini..

KILIM adalah salah kawasan Geopark yang telah diiktiraf #UNESCO paa 1 JUN 2007.
Apa aktiviti pelancongan di KILIM????

KILIM menawarkan perkhidmatan sewaan bot untuk menyusuri sungai KILIM.
KILIM dibentuk oleh 7 Hutan Simpan termasuk hutan bakau. Batuan di KILIM GEOPARK ini berusia antara 490-350 juta tahun.

Terdapat beberapa geotapak yang bernilai warisan tinggi disini antaranya ialah Gua Kelawar, Gua Langsir, Teluk Cina Mati, Pulau Anak Tikus, Tasik Langgun, Teluk Mempelam, Gua Cherita dan Kawasan Tanjung Rhu.

Meh kita tengok sikit gambar2 Mangrove Tour di KILIM GEOPARK

GUA KELAWAR




Banyak kelawar kat syiling gua...

Ada 3 spesis kelawar yang mendiami gua ini...

Penting!!!! jangan buat bising dalam Gua.. kerana anda akan mengganggu kelawar.. 

p/s: Tips kat bawah..









Selain kelawar pada syiling gua, ada bermacam bentuk batuan yang unik...

nampak macam bentuk singa tak????

Sebenarnya ada macam2 lagi bentuk batuan yang menarik.. boleh cari sendiri.. mata kena tajam k...












IKON KILIM @ Andaman Sea Tour

Ini adalah Ikon KILIM... Batuan / pinakel tersebut terhasil dari hakisan akibat tindakan hujan... hakisan ini telah membentuk batuan tersebut seperti seekor penyu..
Tempat Ni Tempat Wajib Untuk Bergambar.. Jangan Lupa Amik Pic Anda dan Keluarga Disini...

Batuan ini pula dikenali sebagai Apache Face...













HELANG @ #EAGLE WATCHING

Helang merupakan tarikan utama dikilim, melihat helang turun menjuman menyambar makanan yang diberikan oleh botman mmg mengujakan.. seronok sangat.. kaalau boleh nak duduk lama2 kat situ. tambah pulak kalau helang ada dalam kumpulan yang besar.. seronok tengok helang...






saya mmg sentiasa teruja dengan lambang #LANGKAWI ini.. walaupun dah banyak kali pergi (sebab saya kerje kat sini.. hehehe) tempat yang paling saya nantikan ialah Eagle Watching...


Syoknya depa naik bot....

jangan lupa pakai life jacket na... penting!!!!!!!!!

berhenti dipulau anak tikus...

kasut sapa hilang????? Pulau kasut... Nampak Macam Kasut dak????????

jangan tekejut.. bukan ikan jaws... kapal layar jaaa....

salah satu tempat parking kapal layar........ di KILIM

Kalau bernasib baik DOPHINE pun boleh nampak..... 

















Selalu jugak tau guess nampak DOLPHINE ni... Tambah2 kalau mat saleh yang nampak ikan ni.. berbakui2 dapat TQ.. hehheh













Gua Buaya... boleh masuk dengan bot... tapi bergantung kepada pasang surut air.. kalau terlalu surut pun tak boleh masuk jugak...



















HARGA???? Harga Macam Mana??? Mahal Ker????
Ok ni saya sharekan pakej2 yang ada beserta harganya sekali..

Pakej 1 JAM 
-Gua Kelawar
-Sangkar Ikan
-Eagle Watching
-Andaman Sea Tour ( Pulau Kasut, Ikon Kilim, Apache Face)
Harga : RM250/Bot.
Sebuah Bot boleh memuatkan dalam 8-10 orang termasuk kanak-kanak.

Pakej 2 JAM (A)
-Gua Kelawar
-Sangkar Ikan
-Eagle Watching
-Andaman Sea Tour ( Pulau Kasut, Ikon Kilim, Apache Face)
-Gua Buaya
Harga : RM 350 / Boat

Pakej 2 JAM (B)
-Gua Kelawar
-Sangkar Ikan
-Eagle Watching
-Andaman Sea Tour (Pulau Kasut, Ikon Kilim, Apache Face)
-Gua Langsir
-Pulau Anak Tikus
Harga : RM 350 / Boat

Mahal Ker????? Kalau berminat tuan-tuan boleh BOOKING DULU dan pastinya tuan-tuan dan puan-puan akan mendapat potongan harga yang mmg berbaloi...
Kalau tuan2 n Puan2 Google cerita mengenai Kilim Ni Maybe ada yang inform hargakan.. tapi memandangkan harga minyak dah naik berkali2 maka harga promosi yang diberikan tidaklah sebanyak seperti yang diceritakan dahulu.. Pengusaha terpaksa menaikkan harga juga sbb kos mereka naik berganda...

CAMNA NAK BOOKING????

wassap:
019-9918036 Pn Idayu

atau like FB JOM P CUTI sentiasa ada promosi dan info2 tentang KILIM GEOPARK..

oooo..sebelum itu, sekiranya anda menjumpai ulat2 yang menawarkan harga2 rendah pls jangan percayai mereka.. diorang ni bukannya pemilik bot, bukan pekerja pengusaha bot atau agen2... lebih baik percaya dengan orang yang telah anda buat booking... lebih selamat untuk anda... ulat2 yang menjanjikan harga murah ini belum pasti dapat memberikan anda bot untuk melawat KILIM GEOPARK... Jadi BERHATI-HATI!!!

TIPS PENTING!!!!!!!!!!

KENAPA KENA BOOKING??? WALK IN JER KAN BOLEH..

1. sekiranya tuan2/puan2 dalam group yang ramai lebih dari 10 orang (11 - 16pax)... booking boleh menjimatkan duit nk bayar bot.. if lebih dari 10 kena ambil 2 boat kalau walk in.. kalau booking boleh mintak reserve boat besar untuk anda sekeluarga... bilangan bot besar tak banyak lebih kurang 4-5 buah sahaja...
Contoh:
Walk in - pakej 1jam x 2 boat standart = RM250 x 2 =RM500
Booking - Pakej 1 Jam x 1 boat besar = RM350

 JIMAT RM150 tue!!... tu harga belum diskaun.. kalau dah Diskaun???? Boleh p Shopping kat Ismail  Group..

2. Kalau tak memerlukan 2 boat pun booking lebih baik kerana semasa anda tiba bot sudah sedia menanti anda (bagi peak season) berbanding kalau tak booking anda berkemungkinan kena tunggu 30 minit ke 1 jam.. kalau bernasib baik ada bot baru balik trip tak perlu tunggu..

3. Bila Booking anda boleh dapat harga kasih sayang... <3 <3 Jimat!!! Jimat!! Jimat!!

note: Pengusaha bot akan lebih mementingkan pelanggan yang telah membuat booking terlebih dahulu...
kalau ragu2 untuk buat booking boleh terus walk in ke kaunter di JETI KILIM.. pastikan anda membuat pilihan yang bijak OK..

SELAMAT BERCUTI... dan BERJIMAT!!!!





----------------------------------------------------------------------------------------------------------
jom menderma kepada MAKTAB MAHMUD LANGKAWI
dengan membeli sekaki tanah wakaf dengan Harga RM10.
klik TANAH WAKAF MAKTAB MAHMUD LANGKAWI




Sabtu, 1 Jun 2013

ANDAINYA MAK ADA LAGI!!!


Sayang MAK... 
AL FATIHAH untuk arwah MAK..
Rindu MAK sangat-sangat...

Anak MAK sekarang pun dah jadik MAK
terima kasih MAK kerana pengorbanan MAK
Mengandung, Melahirkan, Membesarkan....
begitu payah pengorbanan MAK selama ni...

Sekarang ANAK MAK ni sedang melalui apa yang MAK pernah alami...


ANDAINYA MAK ADA LAGI....

MAK,

MAK dah ada cucu Lelaki... Muhammad Haris Nama Cucu MAK..
Kan dulu selalu kita sembang, teringin nak ada anak saudara / cucu lelaki..
Allah Makbulkan, anak Mak dapat anak Lelaki, Adik pun dapat anak Lelaki jugak.. Muhammad Mukhriz Sofi..

MAK,

Kakak pun dah ada anak, perempuan anak dia. Alhamdullilah setelah 10 tahun ALLAH makbulkan doa kita semua, kakak dah ada anak.. Naurah Mawardah.. sebijik macam muka kakak.. kecik macam kakak masa kecik2 jugak...

MAK, 

Anak adik yang No 3, mak tak sempat tengok kan cucu mak yang tue.. dah Lima Tahun Umur dia.. Qaseh Umairah..
Tengok dia nampak iras wajah mak.. putih bersih kulit dia macam kulit mak jugak..

MAK,

Cucu Sulung MAK sekarang dah Ting.1, Alhamdullilah baik, sopan, sejuk hati dengan tingkah laku dia cuma dia penyengan sikit (macam "mama" dia ni.... hiiii)
Rupanya macam tu kan perasaan mak dia kena cakap berulang kali dengan kami semua.. suruh buat itu ini tapi tak bergerak... ALLAH itu adilkan.. sekarang ni mama dia ni la yang rasa semua tu sebab dulu mama dia ni la yang paling penyegan sekali...


Di Sudut Kamar Hati Ku

Resah hatiku merindui
Terbayang-bayang anggun, senyum dan tawamu
Baru semalam rasanya bagai setahun
Pemergianmu tak tertanggung

Indah suasana tika bersama
Siang dan malam seolah di alam syurga
Cintamu itu cinta yang setulus jiwa
Dimana ku cari gantinya


Telah kulupa detik hitam selamanya
Yang menodai cinta kita
Tidak terdaya menahan takdirnya
Engkau abadi di dalam dada

( korus )
Sepi dunia didalam riuh rendahnya
Pedih jiwaku tanggung derita
Patah hatiku kesalan tiada terhingga
Kau satu dalam berjuta

Kepada Tuhan tempatku taruh harapan
Engkau selamanya dalam bahagia
Cintamu itu biar kukenanginya
Di sudut kamar hatiku...

Sekadar coretan buat kenangan
Cerita kita di sini kuabadikan
Tinggi harapan semoga diketemukan
Di alam impian syurga idaman
Tinggi harapan semoga diketemukan
Di alam impian syurga idaman